24 Oktober 2020
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

KUMPULAN PERTAMA MALBATT 850-7 TIBA DI TANAH AIR

 MALBAT1 1

SUBANG, 2 Oktober 2020 - Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Zamsari bin Abu Hasan mewakili Panglima Tentera Darat menyambut ketibaan 7 Pegawai dan 152 anggota lain-lain pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) iaitu sebahagian daripada 215 orang Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 yang baru tiba ke tanah air setelah setahun melaksanakan misi PBB di Lubnan.

Majlis ringkas menyambut ketibaan Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 ini disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM di Pangkalan Udara Subang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil Panglima-panglima perkhidmatan, wakil Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan pegawai ATM.

Panglima Angkatan Bersama yang mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan “Selamat Kembali Ke Malaysia” serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-7 kerana telah berjaya melaksanakan tugas di Lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan cemerlang sejak 24 September 2019 lalu. Kepulangan MALBATT 850-7 telah mengangkat nama Malaysia terutamanya di persada antarabangsa dan akan tercatat sekali lagi dalam lipatan sejarah kisah pengorbanan, sumbangan dan jasa dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

 MALBAT1 3

Kepulangan kumpulan pertama MALBATT 850-7 yang diketuai oleh Mejar Ahmad Basri bin Abdullah melibatkan seramai 215 pegawai dan anggota. Semua pegawai dan anggota MALBATT 850-7 yang tiba di Malaysia akan dibuat pemeriksaan kesihatan dan dibawa ke MALBATT Village untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Kumpulan yang baru tiba ini menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan yang ketat bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#Malbatt850-7