24 Oktober 2020
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

BRIGED KELIMA INFANTRI MALAYSIA MENYELAMATKAN MANGSA BANJIR 

banjir3

SABAH: Hujan lebat berterusan pada 5 Okt 20 menyebabkan banjir di Kawasan Kota Kinabalu, Papar, Tuaran dan Kota Belud. 5 Briged telah mengaktifkan Op Murni dengan menggerakkan Pasukan dibawah naungan untuk membantu Pihak Berkuasa Awam (PBA) bagi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan yang terjejas banjir. Bantuan telah diberikan selama 3 hari bermula 5 hingga 7 Okt 20.

Seramai 5 Pegawai dan 41 Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam membantu menyelamat mangsa banjir yang terdiri daripada pasukan MK/Kem 5 Briged, 5 SSB dan 5 KPD.

Bantuan yang telah diberikan seperti menyelamatkan mangsa banjir yang rumah ditengelami oleh air paras 3 hingga 5 kaki dalamnya. Selain itu, bantuan dari segi pengangkutan dan bantuan tempat tidur serta makanan turut dihulurkan bagi meringankan dan memudahkan mereka yang menjadi mangsa banjir.

Walaupun air yang deras dan terdapat banyak halangan dari pohon-pohon yang hanyut dan sebagainya, ia tidak mematahkan semangat anggota tentera yang bertugas menyelamatkan mangsa banjir. Semoga bantuan yang telah diberikan dapat meringankan sedikit kesedihan mangsa banjir dan memudahkan segala urusan agensi yang membantu

Sumber: MK/Kem 5 Bgd, 5 SSB dan 5 KPD

 

banjir1banjir6