WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
VaksinSarawak2
 
KUCHING, 19 Jun 2021 – Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, yang diiringi oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, meluangkan masa untuk turun ke lapangan, melihat dengan lebih jelas perkembangan Projek Vaksinasi Pandu Lalu Tentera Darat Malaysia di Kem Muara Tuang, Sarawak. Projek ini diteruskan atas kejayaan yang telah dicapai pada projek perintis yang telah dilaksanakan di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur tempohari.
 
Rombongan YB MENHAN telah disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mardzuki bin Muhammad dan taklimat program telah disampaikan oleh Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Dzulkafli bin Hj Mustaffa.
 
Program kali ini dilaksanakan selama 5 hari, mulai 19 hingga 23 Jun 2021, dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan bersamaan dengan 8 jam sehari. Ia dilaksanakan dengan melibatkan 3 saluran kenderaan beserta 6 stesen suntikan dengan membabitkan seramai 76 petugas.
 
Seramai 7,032 individu meliputi warga tentera, keluarga dan kakitangan awam yang menghuni kediaman di dalam Kem Muara Tuang dan sekitar Kuching telah disenaraikan untuk menerima suntikan vaksin pada program kedua ini.
 
Dengan adanya program sebegini, ini dapat meningkatkan jumlah penerimaan vaksin dalam sehari iaitu seramai 960 penerima vaksin secara pandu lalu berbanding dengan sekitar 300 hingga 500 penerima vaksin secara statik.
 
Dalam sidang media, YB MENHAN memaklumkan inisiatif program vaksinasi pandu lalu ini akan diperluaskan lagi secara berskala di dalam kem tentera dan penempatan di seluruh negara.
 
VaksinSarawak1Sesungguhnya, keprihatinan YB MENHAN untuk turun padang bagi meninjau pelaksanaan sesuatu program sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, yang menitikberatkan tahap kesiagaan penugasan warga TDM di tahap tertinggi pada sebilang masa.
 
Turut hadir ke program tersebut adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, YB Dato' Sri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh.