WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
TRANSISI2
 
KUALA LUMPUR, 28 Jun 2021 – Seramai 100 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat Malaysia (TDM) yang terpilih di dalam Projek Perintis Kerjaya Kedua, memulakan langkah awal sebagai persediaan bergelar pesara dengan menghadiri Program Transisi Kerjaya dan Pembangunan Kendiri.
 
Program kendiri tersebut yang dilaksanakan mulai 25 sehingga 28 Jun 2021, melaksanakan modul merangkumi pelbagai aspek seperti kemahiran pengurusan kewangan dan mendepani cabaran dunia awam. Keseluruhan program ini juga telah dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Program yang merupakan sebahagian daripada perancangan Projek Perintis Kerjaya Kedua, telah disempurnakan penutupan ringkas oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, pada hari ini.
 
Untuk rekod, Projek Perintis Kerjaya Kedua ini telah dilancarkan oleh Tan Sri PTD pada 22 Jun 2021 yang lalu, dan akan dipantau secara langsung oleh beliau. Sementara itu, Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA), dipertanggungjawabkan untuk menyelia keseluruhan projek ini dengan dibantu oleh Pengarah-Pengarah Kor yang terlibat.
 
TRANSISI1Tan Sri PTD di dalam ucapannya berharap agar program ini akan menjadi titik tolak kepada semua peserta program berkenaan, untuk mengenal pasti potensi dan keupayaan diri sebenar sebelum melangkah ke alam persaraan nanti. Beliau juga berharap, semoga apa sahaja ilmu dan pengetahuan yang diperolehi di sepanjang program kendiri ini, dapat menjamin matlamat utama Projek Perintis Kerjaya Kedua ini mencapai objektifnya.
 
Tan Sri PTD turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT), yang memberikan maklumat serta membuka minda para peserta program ini, seterusnya berupaya mengenal pasti potensi diri dan membuat pilihan bidang kemahiran yang bersesuaian.
 
Majlis penutupan program ini dilaksanakan secara serba ringkas dengan kehadiran minimum para peserta.
 
Sesungguhnya, pelaksanaan program sebegini adalah sejajar dengan penetapan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu ‘Pelestarian Kesejahteraan Warga’, yang amat menitikberatkan kebajikan kepada warga Tentera Darat Malaysia, termasuk bakal pesara.