WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SarawakPTD1
LUNDU, 3 Julai 2021 – Anggota Tentera Darat yang bertugas di negeri Sarawak pastinya berasa bangga dan bertuah apabila Kompleks Latihan ‘Operations in Build Up Areas’ (OBUA), medan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran pertempuran di kawasan urban, siap dibina sepenuhnya di Lapang Sasar Sampadi, Lundu Sarawak.
 
Kompleks latihan yang diberi nama ZAMZOV (ZAMROSE MOHD ZAIN OBUA VILLAGE) itu, merupakan cetusan ilham Panglima Tentera Darat (PTD) Ke 28, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, ketika beliau menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat Ke-3.
Pembinaan kompleks tersebut dilaksanakan oleh pasukan Skuadron Ketiga Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 Skn RAJD), mengambil masa selama 150 hari dan telah siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2020 yang lalu.
 
Tan Sri PTD, yang dalam rangka lawatan kerja beliau ke Sarawak berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks ZAMZOV yang diadakan secara ringkas dan mematuhi SOP PKP pada hari ini.
 
Tan Sri PTD turut menyaksikan Demonstrasi Kompetensi OBUA yang dilaksanakan oleh Batalion ke - 10 Rejimen Sempadan (10 RS) iaitu pasukan di bawah 31 Briged yang diterajui oleh Brigedier Jeneral Sarman bin Bahrom. 10 RS merupakan pasukan pertama menggunakan infrastruktur Kompleks ZAMZOV dalam latihan OBUA ini.
 
Infrastruktur ini merupakan kompleks latihan pertama yang dibina di negeri Sarawak.
 
SarawakPTD2Sesungguhnya pembinaan infrastruktur latihan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”. Tonggak ini menitikberatkan kepada usaha mempertingkatkan keupayaan dan kesiagaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam melaksanakan sebarang misi dan operasi.
 
Warga TDM turut berbangga dengan pembinaan infrastruktur latihan tempur terbaharu ini dan diyakini ia mampu mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran anggota dalam operasi di kawasan urban.