WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Korban1
KUALA LUMPUR, 20 Julai 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain menyempurnakan Solat Sunat Aidiladha dan Ibadah Korban peringkat Markas Tentera Darat Tahun 2021 Masihi/1442 Hijrah. Acara ibadah korban diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Ibadah Korban sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bertempat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
 
Acara dimulakan dengan Tan Sri PTD menunaikan Solat Sunat Aidiladha yang diadakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi dan diimamkan oleh Kapten Mohd Na'im bin Hj Ahmad Al Hafiz manakala Khutbah Aidiladha pula disampaikan oleh Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Zainal Abidin bin Mohamed Salleh.
 
Korban3
Acara diteruskan dengan Pelaksanaan Ibadah Korban, dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan oleh Tan Sri PTD kepada Mejar Haji Fauzi bin Mohamed. Sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan hasil penyertaan warga TDM yang bertugas di sekitar Lembah Klang yang dibahagikan kepada beberapa sesi penyembelihan.
 
Suasana ibadah korban pada tahun ini dan tahun lepas sedikit berbeza kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara. Walau bagaimanapun, TDM telah mengambil langkah proaktif bagi membendung penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Ibadah korban merupakan sebahagian daripada syariat Islam berpandukan kepada sejarah Agama Islam pada zaman Nabi Adam Alaihissalam yang diperintahkan berkorban sepertimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
 
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa”
(Al-Maaidah Ayat : 27).
 
Selain itu, ibadah korban ini juga diadakan bagi menghayati pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, saat beliau diperintahkan Allah Ta’ala untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail ‘Alaihissalam.
 
Korban2
Di akhir acara, PTD turut berkesempatan mengagihkan daging korban kepada warga TDM yang hadir dan tidak dilupakan kepada wakil pusat gelandangan Kuala Lumpur dan Ampang untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
 
Pelaksanaan acara sebegini adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan. Manakala penyampaian sumbangan kepada yang kurang berkemampuan pula amat bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan demi kesejahteraan warganya.