WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
VaksinKorea1
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2021 – Hubungan dua hala yang sedia terjalin di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Republic of Korea (ROK) Army, diperkukuhkan lagi melalui persidangan pimpinan tertinggi Tentera Darat kedua-dua negara, pada hari ini.
 
Persidangan yang berlangsung secara maya melalui sidang video tersebut menyaksikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, saling bertukar pendapat serta idea bersama Chief of Staff ROK Army, Jeneral Nam Yeong-Shin.
 
Isu utama yang dibincangkan di dalam sidang video ini adalah berkenaan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19 di kedua-dua negara. Tan Sri PTD turut berkongsi maklumat berkenaan tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu program berkaitan pemberian vaksin yang dilaksanakan di Malaysia, serta penugasan yang dilaksanakan oleh TDM dalam membantu kerajaan menangani pandemik COVID 19 melalui Op PENAWAR dan Op BENTENG.
 
Sidang video turut menyentuh berkaitan Army to Army Talk (A2AT) bagi mengukuhan lagi hubungan bilateral di antara TDM dan ROK Army. Selain itu, kedua-dua tampuk pimpinan Tentera Darat turut membincangkan tentang penambahbaikan kerjasama ketenteraan seperti pelaksanaan latihan bersama, lawatan rasmi kedua-dua Panglima Tentera Darat, rancangan pertukaran kursus dan pegawai serta lawatan pertukaran Subject Matter Expert (SME) di antara kedua-dua Tentera Darat. Dalam sidang ini, Jeneral Nam Yeong-Shin turut berkongsi maklumat berkenaan Sistem Latihan MILES yang dilaksanakan di dalam Sistem Latihan ROK Army.
 
VaksinKorea2Seterusnya, kedua-dua tampuk turut berkongsi maklumat serta menyampaikan jemputan bagi pihak kerajaan masing-masing untuk menghadiri pameran ketenteraan seperti Aerospace and Defence Exhibition (ADEX) 2021 di Korea Selatan dan Defence Services Asia (DSA) 2022 di Malaysia. Sebagai tambahan, Jeneral Nam turut menyampaikan maklumat tentang Persidangan G4 (Logistik) Negara-Negara Asia Timur yang akan dilaksanakan oleh ROK Army serta menjemput kepimpinan logistik TDM untuk menghadiri persidangan itu kelak.
 
Di akhir sidang video, kedua-dua pemimpin merakamkan penghargaan di atas komitmen serta persefahaman yang dapat dicapai walaupun dilaksanakan dalam masa yang singkat. Menurut Chief of Staff ROK Army, sidang video ini adalah sebagai tanda positif bagi mengeratkan lagi hubungan bilateral yang telah terjalin selama 61 tahun sejak tahun 1960 lagi.
Ternyata, persidangan video diantara tampuk pimpinan TDM dengan ROK Army sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD iaitu “Pengukuhan Hubungan Pertahanan”, yang memberikan penekanan dan penumpuan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa.