WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
AnakYatim3
Rawang, 22 Julai 2021 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Pasukan 11 Skuadron Semboyan Diraja (11 SSD)telah diaturgerak bagi membantu lapan beradik yatim piatu (berumur antara 4 hingga 19 tahun) yang telah kematian ibubapa akibat wabak COVID-19 petang tadi.
 
Seramai 2 pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat telah diaturgerak bagi membantu membaiki rumah yang mengalami beberapa kerosakan seperti tandas,pendawaian elektrik dan sistem air di dalam rumah.
 
Gotong-royong juga dilakukan untuk membersihkan keseluruhan rumah bagi keselesaan lapan beradik tersebut. Selain itu, pihak Tentera Darat turut menyumbangkan barang-barang keperluan makanan untuk kegunaan lapan beradik ini.
 
Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah menziarahi dan menyantuni lapan beradik yatim piatu tersebut. Beliau turut meminta pihak Tentera Darat mengkoordinasi bantuan dengan segera yang melibatkan kerosakan elektrik dan kebersihan kawasan rumah.
 
AnakYatim1Program ziarah YAB TPM turut disertai oleh YB Dato’ Sri Adham Baba, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Seri Dr. Noraini, Menteri Pengajian Tinggi bagi melihat keadaan lapan beradik yatim piatu.
 
Kerjasama dan usaha murni ini dalam memberi bantuan amat dihargai dan Program Jiwa Murni (PJM) ini dapat dilihat membantu perhubungan baik pihak tentera bersama masyarakat terutama semasa pandemik wabak Covid-19 masih menular.