WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

GKATD1

 
SERDANG, 6 Ogos 2021 - Situasi penularan pandemik COVID-19 yang semakin meruncing menyebabkan kemampuan sistem kesihatan awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi merawat kes-kes COVID-19 yang kritikal, semakin terjejas.
 
Bagi mengatasi permasalahan tersebut, KKM mengambil tindakan drastik dengan mewujudkan task force yang dikenali sebagai ‘Greater Klang Valley Special Task Force’ (GKV STF), yang berfungsi untuk melaksanakan pelan tindakan yang lebih efektif, cepat dan menyeluruh ke atas sistem perkhidmatan kesihatan awam sedia ada. Task force ini akan memberikan penumpuan ke atas kes-kes di kawasan Lembah Klang termasuk utara Negeri Sembilan, barat Pahang dan juga selatan Perak.
 
Bagi membantu dan menyokong pelan tindakan pasukan GKV STF, Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi melaksanakan tugas membantu petugas kesihatan di hospital-hospital Lembah Klang dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Malaysia Agro Exposition Park Serdang (PKRC MAEPS) yang dinamakan sebagai ‘Greater Klang Valley Task Force’ (GKV TF).
Bagi meninjau pengoperasian pasukan GKV TF ini, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, berkesempatan untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kanan Pertahanan, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, berkunjung ke Bilik Operasi GKV TF, yang dikendalikan sepenuhnya oleh Tentera Darat, yang ditempatkan di PKRC MAEPS, Serdang.
 
GKATD2
 
Pasukan GKV TF yang terdiri daripada 1,000 orang pegawai dan anggota TDM ini akan beroperasi dari tiga Forward Operation Base (FOB) iaitu MAEPS, Serdang; Kem Wardieburn, Setapak; dan Kem Sungai Buloh, Sungai Buloh. Dari keseluruhan jumlah tersebut seramai 750 orang akan terlibat sebagai petugas utama manakala bakinya seramai 250 orang adalah kumpulan sokongan. Kesemua petugas utama ini pula dibahagikan kepada tiga penugasan utama iaitu ‘Oxygen Carrier Team’ (OSCAR) yang ditempatkan di MAEPS, manakala ‘Rapid Resupply Team’ (RRT) dan ‘Body Management Team’ (BMT) pula akan ditugaskan di MAEPS dan enam buah hospital di sekitar Lembah Klang.
 
Sesungguhnya, aturgerak anggota dan aset TDM bagi melaksanakan operasi sebegini demi memastikan keselamatan dan keamanan dalam kalangan rakyat yang terkesan oleh bencana, adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” dan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam”.