WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
TeamGTR1
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2021 - Pasukan ‘Greater Klang Valley Task Force’ (GKV TF) Tentera Darat Malaysia (TDM), yang ditubuhkan sebagai pasukan sokongan kepada ‘Greater Klang Valley Special Task Force’ (GKV STF), memulakan operasi dan penugasan mereka, pada hari ini.
 
Seramai kira-kira 1,000 anggota TDM diaturgerakkan di dalam pasukan GKV TF ini. Pasukan berkenaan beroperasi dari tiga lokasi ‘Forward Operation Base’ (FOB) iaitu di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang; Kem Wardieburn, Setapak; dan Kem Sungai Buloh, Sungai Buloh.
 
TeamGTR2
 
Sementara itu, pasukan RRT dan BMT pula, selain ditempatkan di MAEPS, mereka juga ditugaskan di tujuh buah hospital COVID-19 di Lembah Klang. Pasukan RRT berfungsi untuk memastikan urusan bekalan tangki oksigen berjalan dengan lancar, manakala pasukan BMT akan melaksanakan fungsi pengurusan jenazah.
 
Baki seramai 250 anggota pelaksana yang lain pula diletakkan sebagai pasukan sokongan dan bantuan logistik kepada pasukan tugasan utama ini.
 
Pihak TDM berharap dengan aturgerak pasukan GKV TF ini akan dapat melancarkan pelan tindakan yang telah dirancang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani penularan wabak COVID-19.
 
Sesungguhnya bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan oleh TDM sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam”, yang menekankan aspek saling berhubungan di antara TDM dan rakyat serta agensi awam, sebagai sebahagian dari aspek mempertahankan kedaulatan negara.