WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RintisMakanan1
KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan acara menandatangani Memorandum Persefahaman yang telah termeterai di antara Tan Sri PTD mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi, Ketua Pegawai Eksekutif yang mewakili Syarikat Desatera Sdn Bhd bertempat di Pejabat Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan pada hari ini.
 
Inisiatif projek rintis kelestarian makanan merupakan satu kolaborasi di antara TDM dan Syarikat Desatera Sdn Bhd dalam menambah baik kualiti hidup warga TD. Inisiatif berkenaan selaras dengan Tonggak Ketiga kepada Perintah Ulung PTD iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”. Kolaborasi di antara TDM dan syarikat swasta ini juga sejajar dengan prinsip pendekatan "Whole of Society" yang terkandung di dalam Kertas Putih Pertahanan.
 
RintisMakanan2
Projek rintis kelestarian rantaian makanan ini bertujuan untuk mewujudkan inisiatif pertanian bersepadu dalam kawasan kem tentera bagi membantu warga TDM dalam memperolehi bekalan tanaman agromakanan yang segar, menambah peluang pekerjaan serta pembangunan modal insan dan seterusnya bertindak sebagai satu solusi dalam menangani masalah dalam rantaian pembekalan bahan makanan sekiranya negara dilanda krisis tersebut.
 
Projek ini akan dilaksanakan di Ladang Integrasi Kem Syed Sirajuddin, Gemas dengan keluasan 60 ekar yang akan memberikan manfaat kepada warga kem apabila Pasar Tani Kem Syed Sirajuddin apabila inisiatif ini bakal membekalkan 50 peratus hasil ladang integrasi dengan harga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran tempatan. Projek ini juga akan digunakan sebagai model kepada inisiatif ini untuk diaplikasikan kepada setiap kem tentera pada masa akan datang agar sumber makanan untuk anggota tentera dan keluarga sentiasa terjamin.
 
Semoga kerjasama sebegini akan menjadikan organisasi TDM lebih dinamik dan cemerlang pada masa akan datang.