WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
AUSTD1KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2021 – Hubungan bilateral di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Australian Army, terus diperkasa melalui sesi perbincangan secara maya di antara Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain bersama rakan sejawatnya, Australian Chief of Army, Lieutenant General Rick Burr, yang diadakan di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD), Wisma Pertahanan pada hari ini.
 
Perbincangan secara maya ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mengekal dan mengeratkan hubungan di antara kedua-dua organisasi Tentera Darat.
 
Di antara topik yang dibincangkan adalah menyentuh situasi pandemik COVID-19 dan bantuan penugasan tentera di kedua-dua negara dalam membantu usaha mengekang wabak tersebut.
 
Turut dibincangkan adalah jalinan kerjasama dan hubungan bilateral yang sedia terjalin terutamanya dalam aspek latihan ketenteraan seperti Eks BERSAMA SHIELD, Eks BERSAMA LIMA / GOLD, Eks SUMAN WARRIOR, Eks SOUTHERN TIGER, Eks Dusk / DAWN TIGER dan juga Eks HARINGGAROO.
 
Selain daripada itu, turut dibincangkan adalah berkaitan program pertukaran jurulatih dan kursus kerjaya pegawai.
 
Selain itu juga, Tan Sri PTD turut menyuarakan idea dalam meningkatkan lagi hubungan bilateral ini dalam jangka masa panjang dengan cadangan pelaksanaan program interaksi profesional Army Top 10, Cyber Security Programme dan juga CBRNE di antara kedua-dua negara.
 
AUSTD2
 
Di akhir sidang video, Tan Sri PTD turut merakamkan ucapan penghargaan kepada rakan sejawatnya di atas sumbangan Australia ke atas keamanan sejagat khususnya di Afghanistan.
 
Sesi perbincangan bilateral sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD iaitu “Pengukuhan Hubungan Pertahanan” yang memberikan penumpuan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa.