WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KEBAJIKANSGBESISUNGAI BESI, 19 Ogos 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain berkesempatan untuk berkunjung ke penginapan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang ditugaskan bagi penugasan Greater Klang Valley Task Force (GKV TF) bertempat di Kompleks Transit, Kem Perdana Sungai Besi.
 
Seramai 2 pegawai dan 63 anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja (23 RAMD) , telah diaturgerakkan dari Ipoh, Perak sejak 5 Ogos 21 yang lalu, bagi melaksanakan penugasan ‘Oxygen Carrier Team’ (OSCAR), ‘Rapid Resupply Team’ (RRT) dan ‘Body Management Team’ (BMT).
 
Tujuan kunjungan Tan Sri PTD adalah bagi memastikan kebajikan anggota yang bertugas berada dalam keadaan terbaik terutamanya dari segi kemudahan asas yang disediakan.
 
Sesungguhnya, kunjungan pimpinan tertinggi Tentera Darat sebegini amat dihargai dan disanjungi segenap lapisan peringkat anggota.
 
Kunjungan ini menepati Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang memberikan fokus kepada aspek kebajikan anggota yang bertugas.