WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDVaksinasi1
KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2021 – Bagi meneruskan pemantauan ke atas pelaksanaan Op PENAWAR dan program vaksinasi di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), persidangan secara maya di antara Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain bersama Panglima-Panglima Formasi telah dilangsungkan di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD), Wisma Pertahanan, pada hari ini.
 
Sidang secara maya ini merupakan perbincangan berkala yang membolehkan Tan Sri PTD untuk mengetahui lebih jelas sebarang perkembangan dan permasalahan berkaitan Op PENAWAR dan program vaksinasi di lapangan.
 
PTDVaksinasi2
 
Di dalam pertemuan kali ini, Tan Sri PTD turut menyentuh berkenaan isu penolakan pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM. Sehubungan itu, Tan Sri PTD mengingatkan semua Pemerintah untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada lagi di dalam kalangan warga TDM yang enggan menerima vaksin.
 
Ini dilaksanakan bagi memastikan tidak berlakunya penularan jangkitan di dalam kalangan warga TDM serta keluarga mereka. Seterusnya ia diharapkan tidak akan menjejaskan kelancaran misi dan penugasan TDM, di samping usaha ini merupakan tindakan TDM dalam mendukung aspirasi Kerajaan untuk mewujudkan imunisasi kelompok.
 
Sidang video PTD ini adalah sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan.