WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
TYTMELAKA1
MELAKA, 26 Ogos 2021 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-72 Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, telah dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri.
 
Sehubungan itu, Tan Sri PTD telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, pada hari ini.
 
Kunjungan Hormat yang diadakan khusus untuk Tan Sri PTD menerima Surat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Melaka daripada TYT YDP Negeri Melaka bertempat di pejabat TYT YDP Negeri Melaka.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan tahniah kepada Tan Sri PTD di atas pengurniaan anugerah D.G.S.M tersebut. Secara tidak langsung, pengurniaan ini menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Negeri Melaka ke atas kepimpinan TDM.