WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 KotakMakanan1
 
SELANGOR, 27 Ogos 2021 - Majlis Penyerahan Kotak Makanan Program Bantu-Bantu Malaysia kepada Kementerian Pertahanan telah berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor, pada hari ini.
 
Majlis ini yang merupakan sebahagian dari Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM Tahun 2021 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
 
Di dalam majlis ini, Tan Sri PAT yang mewakili Kementerian Pertahanan telah menerima sejumlah 10,000 kotak bekalan makanan, sumbangan daripada Tan Sri Lee Kim Yew, pengasas The Mines Resort and Country Heights Holdings dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz.
 
KotakMakanan2Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM merupakan kesinambungan daripada Program “MINDEF PRIHATIN”, antara inisiatif Kementerian Pertahanan, bertujuan untuk membantu meringankan beban warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk golongan Veteran ATM serta keluarga mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
 
Bantuan bekalan makanan menerusi Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM dijangka akan memberi manfaat kepada 10,000 Veteran dan balu yang terkesan dengan COVID-19.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan sekalung penghargaan buat pengurusan The Mines Resort and Country Heights Holdings yang telah menyumbang untuk menjayakan kempen ini. Sesungguhnya, usaha murni sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada hubungan TDM dan rakyat dalam memastikan keamanan Negara tercapai.