WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
ExPredator1
 
Tujuan Eks PARA PREDATOR Siri 1/2021 ini adalah untuk mempertingkatkan tahap kesiagaan dan kompetensi setiap Leading Para Battle Group (LPBG) dari 10 Briged (Para).
 
10 Bgd (Para) yang berpengkalan di Kem Terendak, Melaka merupakan sebuah ketumbukan elit Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi yang turut dikenali sebagai Pasukan Aturgerak Cepat (PAC).
 
Eks PARA PREDATOR Siri 1/2021 ini turut dirangka bagi menilai tahap kepimpinan setiap lapisan pemerintahan, tahap kompetensi atau keupayaan setiap pasukan tempur di dalam briged ini, serta menguji ketahanan fizikal dan mental anggota briged ini untuk berhadapan dengan tekanan realisme yang tinggi sebagaimana situasi sebenar ketika perang dan krisis.
 
Pendekatan eks ini terarah kepada 3 objektif utama iaitu ‘To Train’ (the Troop), bagi memberikan pendedahan keadaan ancaman
sebenar melalui latihan, ‘To Project’ (the Army), bagi memberikan gambaran kesiagaan dan keupayaan sebenar aturgerak TDM, ‘To Educate’ (To Create Public Awareness), bagi mendidik mahupun berkongsi pengetahuan serta menerapkan kesedaran umum mengenai peranan TDM dalam aspek keselamatan negara.
 
ExPredator2Dalam eks ini, fasa ofensif 10 Bgd (Para) yang disokong oleh pelbagai jenis aset tempur TDM seperti Kenderaan Tempur dari Kor Armor Diraja (KAD) dan juga Jambatan Tempur dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). Keanggotaan yang terlibat dalam eksesais ini adalah kira-kira 2,000 orang yang terdiri daripada pelbagai elemen dari tempur, bantuan tempur dan bantuan khidmat, Batalion Infantri Mekanis (Mek), Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Aset-aset yang dimaksudkan adalah LOH, EC 725, ADNAN, GEMPITA, Pontoon, dan lain-lain aset TDM.
 
Justeru, latihan ketenteraan ini merupakan keperluan paling penting dan menjadi Teras Utama (Core Business) kepada TDM, semasa berada di dalam keadaan aman untuk mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi pada sebilang masa.
 
Eks ketenteraan sebegini akan terus dilaksanakan di masa hadapan, bagi mempertingkatkan tahap kesiagaan dan kompetensi formasi tempur TDM, khususnya seperti ketumbukan 10 Bgd (Para).
 
Pelaksanaan eksesais ini juga adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung yang gariskan oleh Tan Sri PTD iaitu, “Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan”, yang memberikan penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan TDM bagi diaturgerakkan sebilang masa.
 
Eks ini turut dilaksanakan seiring dengan Sambutan Kemerdekaan Ke-64 pada tahun ini dimana TDM akan terus komited dan memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara tercinta kita.
 
Turut hadir dalam lawatan eks ini adalah Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz.