WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PATI2
SARAWAK, 30 Ogos 2021 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), sejumlah 12 PATI diusir keluar setelah cuba masuk ke Sarawak dalam dua kejadian berasingan pada 29 Ogos 2021 (Ahad).
 
Pengusiran pertama berlaku pada 2.00 petang, semasa anggota yang sedang melaksanakan Serang Hendap berjaya mengesan tiga individu lelaki dipercayai PATI berjalan kaki memasuki persempadanan Malaysia di lorong tikus sekitar Kampung Stass, Serikin Bau.
 
Setelah ditahan dan disoal siasat, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 35 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan bertindak memasuki ke Malaysia kerana ingin mencari kerja.
 
PATI2
Pengusiran kedua pula berlaku di Biawak, Lundu pada 4.45 petang, sembilan individu dipercayai PATI dikesan cuba memasuki Malaysia dari arah Indonesia melalui lorong tikus.
 
Setelah ditahan dan disoal siasat, sembilanPATI terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang berusia diantara 7 hingga 53 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyatakan tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan. Kesemua PATI diusir dan dilaporkan ke Balai Polis Bau dan Lundu.
 
Anggota Tentera Darat khususnya di Sarawak terus siaga mengawal keselamatan persempadanan Negara dengan turut bersama-sama agensi penguatkuasaan menerusi inisiatif OP BENTENG dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan setiap masa.