WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MENHANLAPOR1
KUALA LUMPUR, 1 September 2021 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, turut menyertai Majlis Sambutan dan Mula Tugas Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz. Majlis diadakan tepat jam 0900 di Dataran Wisma Pertahanan.
 
Pelantikan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Ogos 2021 yang lalu, disusuli dengan Istiadat Angkat Sumpah dan Jawatan, yang disempurnakan pada 30 Ogos 2021, merasmikan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz menggalas tugas dan tanggungjawab selaku Menteri Kanan Pertahanan serta Timbalan Menteri Pertahanan. Kedua-dua YB telah mengukir sejarah dengan memegang jawatan buat kali kedua.
 
MENHANLAPOR3
 
Ketibaan YB Menteri Kanan Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan, disambut menurut Istiadat Ketenteraan, apabila kedua-dua peneraju ini menerima Tabik Hormat Kawalan Kehormatan Utama (KKU), dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), berkekuatan seramai 3 pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat, diketuai oleh Mej Abdul Hafizi bin Abdul Halim.
Turut hadir adalah Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
 
YB Menteri Kanan Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan seterusnya diperkenalkan kepada kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan KEMENTAH, seterusnya melangkah masuk ke pejabat.
 
Tan Sri PTD serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia, mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Kanan Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan, selaku peneraju KEMENTAH yang baharu. Didoakan semoga gandingan YB Menteri Kanan Pertahanan dan YB Timbalan Menteri Pertahanan ini, akan memacu KEMENTAH dan ATM, menuju ke arah kegemilangan dan kecemerlangan.