WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LawatanKDO1
MERSING, 6 September 2021 – Seramai tujuh orang waris anggota 21 Gerup Gerak Khas (GGK) yang menghidapi penyakit kritikal, disantuni oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, bertempat di Dewan Hafiz, Kem Iskandar, Mersing.
 
Lawatan Kebajikan PTD ini bersempena Majlis Serah Menyerah Panglima 21 GGK, dimulakan dengan kunjungan kepada adik Putri Aaira Sofia, anak kepada Sarjan Nazzatul Putri Marina binti Kamsani, anggota Kor Perkhidmatan Am (Gaji) yang berkhidmat di Markas 21 Gerup Gerak Khas. Adik Putri Aaira disahkan menghidap penyakit Asymptomatic with Cardiac Murmur serta perlu menjalani rawatan setiap tiga bulan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
 
PTD kemudiannya menyantuni Puan Siti Najiha binti Mohamad Kusaini, isteri kepada Sarjan Mohd Rohaizad bin Mat Jamil, anggota Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) yang berkhidmat di Markas Garison Mersing. Puan Siti Najiha disahkan menghidap penyakit Ovarian Cysts, dan kini sedang menjalani pemeriksaan secara berkala di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
 
Seterusnya, PTD menyantuni adik Nur Arissa Sofea, anak kepada Koperal Mohd Shawal bin Awang, anggota Rejimen 22 Komando. Adik Arissa disahkan menghidap penyakit Jantung Berlubang dan kini perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.
 
PTD seterusnya menyantuni adik Muhammad Faris Ammar, anak kepada Koperal Risman bin Basri, anggota Rejimen 22 Komando. Adik Faris disahkan menghidap penyakit Autisme dan kini sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu. Dalam kesempatan ziarah ini, PTD turut menyempurnakan pemakaian pangkat pemangku Sarjan kepada Sarjan Risman bin Basri.
 
Lawatan diteruskan dengan PTD menyantuni adik Muhammad Adel Safiy, anak kepada Koperal Mior Shahril bin Bashah, anggota Rejimen Semboyan Diraja (RSD) yang berkhidmat di 21 Skuadron Semboyan GK (21 SS GK). Adik Adel juga dikesan menghidapi Autisme dan perlu menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan Klinik Mersing Kanan, Mersing.
 
PTD turut menyantuni adik Muhammad Atiq Ikhwan, anak kepada Sarjan Izwan bin Zulkifli, anggota RSD, yang turut berkhidmat di 21 SS GK. Adik Atiq, dikesan menghidapi sindrom Autisme dan perlu menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan Klinik Mersing Kanan, Mersing.
 
Lawatan diakhiri dengan kunjungan kepada Puan Pauline ak Christina, isteri kepada Koperal James Dindang ak Danggat, anggota KPD yang berkhidmat di 21 Kumpulan Logistik GGK. Puan Pauline disahkan menghidapi penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan kini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. PTD turut menyempurnakan pemakaian pangkat pemangku Sarjan kepada Sarjan James Dindang ak Danggat.
 
Setiap waris anggota yang disantuni oleh PTD ini, menerima sumbangan berbentuk hamper, sumbangan peribadi serta sumbangan Tabung Kebajikan Tentera Darat bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh anggota. Lawatan ini dilaksanakan secara ringkas serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan.
 
Siri lawatan kebajikan sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga". Lawatan kebajikan ini akan terus dilaksanakan bertujuan memantau kebajikan warga Tentera Darat Malaysia agar sentiasa terjamin, tambahan di dalam keadaan penularan pandemik COVID-19 ini.