WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MesyPTD1
 
KUALA LUMPUR, 7 September 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain berkesempatan menyertai Majlis Perasmian National Webinar on Defence Science and Technology (S&T) 2021, anjuran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), yang diadakan secara atas talian bertempat di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD), Wisma Pertahanan, pada hari ini.
 
Webinar yang bertemakan “Strategic Engagement in Defence Research and Innovation Towards Sustainable Development” disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz.
 
MesyPTD2Webinar ini merupakan platform terbaik dalam usaha untuk memantapkan lagi jalinan kerjasama strategik dalam aspek sains dan terknologi pertahanan di antara STRIDE, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi kerajaan, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi serta industri pertahanan dan keselamatan tempatan.
 
Dijangkakan seramai 300 peserta yang terdiri daripada penggubal polisi, pemegang taruh, penyelidik dan pengguna dari KEMENTAH, ATM, agensi kerajaan, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dan industri pertahanan dan keselamatan akan turut menyertai webinar ini.
 
Selain itu, pelaksanaan acara sebegini turut mendukung Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam” yang menekankan kepada hubungan baik Tentera Darat Malaysia dengan agensi awam, dalam memberi manfaat kepada masyarakat.
 
MesyPTD3