WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
HUTATM881
KUALA LUMPUR, 17 September 2021 - Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato' Mohammad bin Ab Rahman mewakili Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, bersama-sama sebilangan pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), menghadiri Khutbah Khas dan Solat Jumaat Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-88 yang diadakan di Masjid Khalid bin Al Walid, pada hari ini.
 
Majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dimulakan dengan Khutbah Khas yang bertajuk “Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama”.
 
Antara intipati Khutbah Khas yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Muhamad Azmi bin Wahab, adalah menekankan kepada kepentingan menjaga kedaulatan bagi sesebuah negara. Ianya merujuk kepada suatu kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan politik.
 
Kandungan khutbah turut menyebut bahawa tugas menjaga negara bukanlah hak eksklusif warga ATM semata-mata, namun rakyat juga perlu memainkan peranan dalam mempertahankan negara dan ianya bertepatan dengan tema sambutan Hari ATM Ke 88 pada tahun ini iaitu "Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama".
 
Mengambil ibrah sirah Nabi Muhammad SAW ketika berlakunya Perang Mu’tah, yang mempamerkan keberanian para panglima tentera Islam yang bersilih ganti dalam menjunjung panji-panji Islam, sekaligus membuktikan bahawa betapa mereka gagah setia dan sedia berkorban dalam memartabatkan kedaulatan Islam.
 
HUTATM882
 
 
Oleh itu, warga ATM perlulah menerapkan sikap-sikap sebagaimana yang telah ditonjolkan oleh para Sahabat RA dalam memperkukuhkan nilai budi sanubari agar menjadi azimat yang terbaik dalam terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Jumaat yang dipimpin oleh Imam MKWK, Mej Nizam bin Dato’ Hj Tirmizi Al Hafiz.
 
Majlis diadakan dengan kehadiran dan penglibatan yang minimum mewakili ketiga-tiga cabang perkhidmatan di mana kehadiran jemaah dihadkan kepada 250 orang sahaja. Jemaah yang hadir turut dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kawalan dan pencegahan COVID-19 sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.