Rabu 29 September 2021
WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Jumaat 17 September 2021
KUALA LUMPUR, 17 September 2021 - Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato' Mohammad bin Ab Rahman mewakili Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain,...
Selasa 7 September 2021
KUALA LUMPUR, 7 September 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain berkesempatan menyertai Majlis Perasmian National Webinar on Defence Science and Technology...
Selasa 7 September 2021
MERSING, 6 September 2021 – Seramai tujuh orang waris anggota 21 Gerup Gerak Khas (GGK) yang menghidapi penyakit kritikal, disantuni oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose...
Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain
Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman
Pegawai Waran 1 Mohd Pauzi bin Mohd Ali

SISTEM SEMAKAN KEPUTUSAN LAYAK KE PUSASDA adalah merupakan sistem yang menyenaraikan mereka yang telah berjaya pada PEMILIHAN AKHIR dan seterusnya akan diserahkan ke Pusat Latihan (PUSASDA) bagi tujuan menjalani latihan ketenteraan sebelum diserap ke dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia. Keputusan sistem ini juga boleh digunapakai sebagai bukti sekiranya surat LEWAT diterima oleh pemohon. Cara penggunaan adalah seperti berikut:

1.    Untuk akses kedalam sistem semakan sila taip: https://army.mod.gov.my/tadbirsumpah

2.    Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa meletakkan simbol - .

3.    Klik pada butang CARIAN. Sekiranya ingin mengubah atau maklumat salah sila tekan pada butang KOSONGKAN.

4.    Sekiranya maklumat anda berjaya dipaparkan sila patuhi arahan berikut:

       a.    Klik pada ikon KANTA dan paparan terperinci akan disiarkan.

       b.    Sila baca dan semak arahan serta maklumat yang dinyatakan dengan teliti dan patuhi perkara-perkara yang dinyatakan.

       c.    Cetak keputusan dan sila bawa bersama semasa melapor ke PUSASDA.

5.    Sekiranya maklumat anda tidak berjaya dipaparkan serta keluar paparan mesej "Tiada Rekod - Hubungi 03-20714254 | 6030 | 3926" bermaksud anda perlu menghubungi nombor talian tersebut kerana berkemungkinan terdapat maklumat yang kurang tepat sama ada dari NAMA PENUH atau NOMBOR KAD PENGENALAN anda atau lain-lain perkara yang memerlukan penjelasan dari Pihak Bahagian Pengambilan.

6.    Pertanyaan melalui perkhidmatan talian pertanyaan akan mengambil masa 14 hari waktu bekerja untuk mendapatkan maklumbalas. Oleh itu anda tidak digalakkan untuk menggunakan platform ini kerana dikhuatiri kelewatan penyampaian maklumat boleh berlaku dari tarikh yang telah ditetapkan.

PAUTAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
MINDEF
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
MATM
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
TUDM
TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
TLDM
LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA
LTAT
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
JHEV
PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA
PERHEBAT
KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BHD
KOPERASI TENTERA