link3
mindef-2 atm-2 mab-2
tldm-2
tudm-2
stride-2
jhev-2
perhebat-2
mygov-2
KEMENTAH ATM MAB TLDM TUDM STRIDE JHEV ATM
PERHEBAT MY GOV
spread
11
Oct
Program Wakaf Mushaf Al-Qur'an

wakaf_Program Wakaf Mushaf Al-Qur’an merupakan salah satu program untuk menghidupkan kembali budaya wakaf dan menyemarakan institusi wakaf yang pernah menjadi tunjang kepada perkembangan dan kemajuan dunia islam.  Program ini memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan diseluruh dunia amnya supaya dapat menyalurkan bantuan dan menyumbang secara efektif kearah pembentukan Khairu Ummah (umat terbaik).

Program ini telah dilancarkan bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung kos dalam usaha mencetak Mushaf Al-Qur’an, kemudian diwakafkan kepada masyarakat Islam minoriti terutamanya  yang dihimpit kemiskinan dan susah untuk mendapat Mushaf Al-Qur’an samada di dalam mahupun di luar Negara.

Program Wakaf Al-Qur’an buat pertama kalinya dilaksanakan diperingkat nasional pada 13 September 2007 (1 Ramadan 1428) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di  Angkasapuri, Kuala Lumpur. Program ini buat kali keduanya telah diadakan pada 28 Ogos 2008 (26 Sya’ban 1429) oleh YAB Timbalan Perdana Menteri bertempat di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur dan seterusnya program dengan kerjasama di antara Yayasan Restu dan Angkatan Tentera Malaysia pula telah dilancarkan pada tahun 2010 iaitu pada 1 Ramadhan 1431H di Masjid Putrajaya.

Usaha tersebut telah berjaya mengumpul dana melalui wakaf tunai, kupon dan Khidmat  Pesanan Ringkas (SMS) sebanyak RM 1.030 juta. Melalui usaha ini sebanyak 50 ribu naskah Al-Qur’an Wakaf telah berjaya dicetak seterusnya majlis penghantaran telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pada 27 hingga 29 Julai 2011 di Cambodia pada Ogos 2001 yang lalu.

Pada tahun 2011, Program Wakaf Al-Qur’an untuk Dunia 2 ini akan terus dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Restu dan Angkatan Tentera Malaysia, di bawah naungan YB Menteri Pertahanan Malaysia.. Projek ini dilihat sebagai satu projek yang amat baik dan mulia bagi membantu umat Islam seluruh dunia memiliki naskhah Al-Qur’an sendiri untuk dijadikan panduan dan bacaan harian. Sedikit sebanyak projek ini merupakan satu usaha yang memperlihatkan keprihatinan umat Islam di Malaysia terhadap saudara seislam mereka di negara-negara minority Islam untuk memiliki naskhah Al-Quran sendiri. Fokus sasaran pada tahun ini adalah lebih kepada umat Islam di Malaysia, khususnya untuk masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli dan juga Saudara Baru.

Kaedah kutipan adalah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), penjualan kupon, sumbangan individu serta badan-badan koporat dan juga kutipan melalui Tabung Khas Wakaf Al-Qur’an di masjid-masjid seluruh Malaysia. Kepada seluruh Warga Tentera, sumbangan bolehlah dibuat melalui:

a.    Pembelian Kupon yang berharga RM 2, RM 5 dan RM 10 melalui:

(1)    ATM – Jabatanarah KAGAT
(2)    Darat – Sel Kebajikan CSM, BCJ dan di semua Formasi Tentera Darat.
(3)    Laut – Sekretariat MTL
(4)    Udara – Sekretariat MTU

b.    Akaun Bank Islam Berhad atas nama Yayasan Restu Wakaf bernombor 14032010021452.

c.    Cek terus ke Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor No.2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

d.    Kutipan di Masjid-masjid terpilih.

e.    Talian Yayasan Restu 03-6511 9001/2/3 dan Fax: 03-55123788 atau email ke www.restu-art.com.

Justeru itu Angkatan Tentera Malaysia dan Yayasan Restu menyeru agar semua umat Islam turut bersama-sama menyumbang serta memuliakan Al-Qur’an dengan menyertai serta memberi sokongan dengan menghulurkan sumbangan bagi menjayaan Program Wakaf Al-Qur’an Untuk Dunia 2 bagi tahun 2011.

“Perumpamaan (derma aau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai; setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
(Al-Baqarah: 261)


Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh menghubungi:

YAYASAN RESTU
 Puan Zarina bte Mahusin – 012-6405387

JABATANARAH KAGAT
Lt Kol Abdul  Latif bin Bunyamin  – 019-3998271

SEL KEBAJIKAN CAWANGAN SUMBER MANUSIA (CSM) TENTERA DARAT
Mej Mohd Azli bin Sulaiman – 013-3597609

Kemaskini pada Selasa, 11 Oktober 2011 12:01
 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1