Tentera Darat Malaysia berhasrat menjadi sebuah Angkatan Tentera Darat yang kredibel dan inklusif melalui iltizam berikut:
- Pertahanan Negara. melindungi dan mempertahankan kedaulatan dan keselamtan daratan negara.
- Kesiapsiagaan. Memperkasakan kesiapsiagaan tempur pada sebilang masa bagi menangani sebarang bentuk ancaman.
- Latihan dan Sumber Manusia. Memastikan sistem latihan yang komprehensif untuk membangunkan modal insan yang profesional dan kompeten untuk melaksanakan tugas dalam semua situasi.
- Akal Budi Ketenteraan. Mempertingkatkan semangat kesatuan 1 Jiwa Tentera Darat melalui pembangunan sahsiah diri bagi mengukuhkan kematangan akal budi ketenteraan (military mind).
- Pengurusan Aset/Peralatan Ketenteraan. Menjamin sistem pengurusan aset yang berkesan, cekap dan berhemah bagi menyokong perlaksanaan tugas.
- Pembangunan Negara. Mendukung dasar-dasar kerajaan sesuai dengan aspirasi nasional untuk membangunkan negara.
- MOOTW/CIMIC. Memperkukuhkan kerjasama dan keupayaan bersama dengan agensi Kerajaan dan masyarakat demi kepentingan negara.
- Penugasan Istiadat. Membantu negara dalam penugasan istiadat.
|
|
Kemaskini pada Sabtu, 17 Mac 2012 14:30 |