spread
08
Mar
Majlis Makan Malam Rejimental PTT Kanan Sempena HUT TD Ke-79

2103121706KUALA LUMPUR 7 Mac 12:  Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin serta isteri, Datin Hajah Rusnah binti A. Rahman telah menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental PTT Kanan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke -79 di Kem Wardiburn.

Majlis Makan Malam Rejimental PTT Kanan dihadiri oleh Mantan-mantan SMR TD, SMR-SMR, PTT Kanan serta isteri masing-masing. Majlis Makan Malam Rejimental PTT Kanan Tentera Darat merupakan acara yang julung kali diadakan bersempena sambutan HUT TD KE-79. Lebih bersejarah lagi apabila segala persiapan dan urusan Majlis Makan Malam Rejimental ini dilakukan sepenuhnya oleh PTT Kanan.
 
Kesemua ini adalah berkat usaha gigih SMR TD, PW 1 Musa bin Haron serta ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang penuh bersejarah ini. Semasa berucap pada Majlis Makan Malam tersebut beliau menyatakan bahawa sebagai tulang belakang kepada TD, PTT Kanan semestinya berupaya melakukan anjakan paradigma untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Keadaan yang tidak ketentuan memerlukan PTT Kanan berfikiran kritis, kreatif dan komprehensif, dalam memberikan idea atau buah fikiran untuk membantu membangunkan TD, masa kini dan masa hadapan.

 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1