spread
Profile Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat
rsm-td

1098007  PW 1 HAYAZI BIN ABDUL AZIZ
BAT AMN BSD PCK PPS PPA

Beliau dilahirkan pada 19 September 1974 di Alor Setar Kedah. Mula menceburi Perkhidmatan Tentera Darat pada 10 April 1993 di Pusat Latihan Rekrut (PLR) dahulunya dan sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) selama 6 bulan di Port Dickson Negeri Sembilan dan seterusnya pada 3 Oktober  1993 beliau ditempatkan di Batalion Ke Sembilan Rejimen Askar Melayu Diraja Para Kem Terendak Melaka. Disepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan sikap dedikasi dan ketekunan kerja yang tinggi dan berusaha dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya ketenteraan. Hasil daripada kesungguhan dan dedikasi yang telah dipamerkan dalam tempoh 22 tahun perkhidmatan, beliau telah berjaya menyandang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat yang Ke-7.

Pegawai Waren Satu Hayazi bin Abdul Aziz juga telah memegang beberapa Jawatan lain sepanjang tempoh perkhidmatan, Di antaranya adalah Anggota Repalman, Penolong Ketua Seksyen, Ketua Seksyen, Sarjan Platun, Kompeni Sarjan Mejar dan Pegawai Waren Jurulatih Payung Terjun di 9 RAMD Para. Selain daripada itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 17 Ogos 2006 hingga 19 ogos 2009, Sarjan Mejer Rejimen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 20 Ogos 2009 hingga 30 Jun 2013, Sarjan Mejar Rejimen Markas Medan pada 1 julai 2013 hingga 29 April 2014 dan Sarjan Mejar Rejimen Kor Infantri pada 30 April 2014 hingga 6 Mei 2015. Pada tanggal 7 mei 2015, beliau telah diberi kepercayaan dan mandat oleh pucuk pimpinan Tentera Darat untuk menjawat jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat yang Ke-7.

Kursus-kursus kerjaya dan kepakaran yang telah dihadiri beliau di sepanjang Perkhidmatan adalah Kursus Asas Payung Terjun di PULPAK, Asas Kerani di 17 RAMD Para, Kadar Pasukan di 9 RAMD Para, Asas Semboyan di 9 RAMD Para, Jurulatih Abselling Repelling dan Penyelamat Udara di PULPAK, Pengesan Tempur di PULADA, Ketua Penerjunan di PULPAK, Ketua Seksyen di PULADA, Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) di 9 RAMD Para, Jurulatih Payung Terjun di PULPAK, KPSP di 9 RAMD Para, Sjn Platun di PULADA, KPSMK di IPDA, KPPTTK di IPDA. Semua kursus-kursus yang dihadirinya memperolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Yusandayu binti Yahaya. Sepanjang perkongsian hidup, mereka telah dianugerahkan dua orang cahayamata lelaki yang memberi kekuatan untuk beliau lebih Berjaya demi anak-anak yang disayangi. Beliau juga memanfaatkan masa lapang beliau dengan aktiviti kerohanian disamping beriadah bersama keluarga dan beliau adalah seorang yang peramah serta amat disegani oleh rakan-rakan.

Didalam jawatan ini, beliau bertindak sebagai Penasihat kepada Panglima Tentera Darat di atas segala arahan dan Polisi yan wujud ataupun cadangan yang melibatkan peraturan perkhidmatan anggota lain-lain pangkat. Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada susunan acara Istiadat Perbarisan Rasmi Tentera Darat seperti penganugerahan, Pertukaran dan mengarak panji-panji. Perbarisan Pertauliahan Diraja Pegawai-pegawai Kadet. Istiadat Pengkebumian Kebangsaan dan Perbarisan Hari Kebangsaan. Sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, beliau juga bertanggungjawab sebagai penasihat dan penyelaras dalam semua perbarisan di semua Formasi, Puasat Latihan dan Pasukan.

Kemaskini pada Khamis, 28 Mei 2015 13:24
 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1