logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

21 October 2017
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2017.

A-  A  A+   benderaUS64    lainbahasa2

Bendera Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mula diperkenalkan sejak penubuhan TD lagi dan digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuknya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang TDM. Bendera ini merupakan lambang kemegahan dan keperwiraan TD. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang TDM berwarna merah cili.

Bendera TDM berukuran 187 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Markas Formasi, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-pasukan TDM.

Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 06.30 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.

benderatd