logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

19 December 2017
Kemaskini Akhir: 12 Disember 2017.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

Tentera Darat Malaysia berhasrat menjadi sebuah Angkatan Tentera Darat yang kredibel dan inklusif melalui iltizam berikut:

PERKHIDMATAN SECARA UMUM

  1. Pertahanan Negara. melindungi dan mempertahankan kedaulatan dan keselamtan daratan negara.
  2. Kesiapsiagaan. Memperkasakan kesiapsiagaan tempur pada sebilang masa bagi menangani sebarang bentuk ancaman.
  3. Latihan dan Sumber Manusia. Memastikan sistem latihan yang komprehensif untuk membangunkan modal insan yang profesional dan kompeten untuk melaksanakan tugas dalam semua situasi.
  4. Akal Budi Ketenteraan. Mempertingkatkan semangat kesatuan 1 Jiwa Tentera Darat melalui pembangunan sahsiah diri bagi mengukuhkan kematangan akal budi ketenteraan (military mind).
  5. Pengurusan Aset/Peralatan Ketenteraan. Menjamin sistem pengurusan aset yang berkesan, cekap dan berhemah bagi menyokong perlaksanaan tugas.
  6. Pembangunan Negara.  Mendukung dasar-dasar kerajaan sesuai dengan aspirasi nasional untuk membangunkan negara.
  7. MOOTW/CIMIC. Memperkukuhkan kerjasama dan keupayaan bersama dengan agensi Kerajaan dan masyarakat demi kepentingan negara.
  8. Penugasan Istiadat. Membantu negara dalam penugasan istiadat.

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

  1. Perkhidmatan Talian Pengguna Dan Maklumbalas Pelanggan.  Memberikan maklumbalas dalam tempoh 14 Hari Waktu Bekerja bagi sebarang pertanyaan, aduan dan maklumbalas pelanggan yang diterima oleh pengguna. Walau bagaimanapun sekiranya memerlukan maklumbalas yang lebih lanjut maka tempoh 30 Hari Waktu Bekerja diperlukan dan akan dimaklumkan kepada pengguna.
  2. Semakan Keputusan Pemilihan perajurit Muda.  Memberi kemudahan secara atas talian kepada pemohon dalam proses menyemak keputusan pemilihan Perajurit Muda.
  3. Piagam Pelanggan.  Menyiarkan pencapaian piagam pelanggan melalui portal Tentera Darat bagi tempoh setiap tiga bulan (Jan, April, Julai dan Oktober).