logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

24 November 2017
Kemaskini Akhir: 16 November 2017.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya dan seluruh warga Tentera Darat mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua warga Tentera Darat yang beragama Hindu. Saya harap agar hari yang penuh bermakna ini dapat disambut bersama ahli keluarga dan sahabat handai dalam suasana yang harmoni dan mesra.

Sebagaimana kita sedia maklum, perayaan ini akan disambut meriah oleh penganut agama Hindu dengan menyalakan pelita di rumah yang melambangkan kejayaan dan kebaikan yang dikecapi mengikut kepercayaan mereka. Ia juga sebagai peringatan kepada mereka agar sentiasa berbuat baik dan menjauhi daripada melakukan salah laku sesama manusia. Mengambil iktibar dari itu, saya amat berharap agar semangat perayaan Deepavali ini dapat memberi dorongan dan kekuatan dalam mensejahterakan diri, keluarga serta menyinari nilai-nilai yang mengukuhkan perhubungan dan kesatuan kita semua.

Jika dilihat dari skop yang lebih besar, kukuhnya perhubungan dan kesatuan rakyat yang berbilang bangsa di negara kita dapat dilihat melalui semangat 1Malaysia. Manakala TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU adalah kata-kata keramat yang menunjangi kehidupan setiap warga Tentera Darat dalam keluarga besarnya. Justeru, saya menyeru saudara-saudari untuk mengeratkan hubungan, keakraban dan muafakat antara kita semua. Hanya permuafakatan dan kerjasama yang berterusan tanpa mengira bangsa adalah tunjang kecemerlangan Tentera Darat pada masa hadapan.

Akhir kata, saya berpesan kepada semua warga Tentera Darat agar sentiasa berhati-hati dalam perjalanan sempena cuti hari kelepasan ini. Hargai nyawa saudara-saudari serta ahli keluarga yang dibawa bersama. Sekian, Selamat Hari Deepavali. Terima kasih.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

JENERAL TAN SRI DATO' SRI ZULKIPLE BIN HJ KASSIM
PANGLIMA TENTERA DARAT

Attachments:
Download this file (PerutusanDeepavali2017.pdf)Perutusan Deepavali 2017[ ]