logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Saya bagi pihak keluarga serta seluruh warga Tentera Darat ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Tentera Darat yang berbangsa Cina. Saya harap saudara-saudari akan menyambut hari yang penuh bermakna ini bersama seluruh ahli keluarga dan sahabat handai dalam suasana yang harmoni dan mesra serta dapat menunjukkan tahap perpaduan dan muhibbah di antara warga Tentera Darat yang lain.

Pada kesempantan ini juga, saya menyeru saudara-saudari mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengeratkan hubungan baik, keakraban dan muafakat antara kita semua, iaitu warga Tentera Darat yang terdiri dari berbilang agama dan bangsa. "Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat". Hanya perpaduan dan permuafakatan yang berterusan antara kita semua tanpa mengira bangsa adalah tunjang kecemerlangan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat khasnya. Ingin saya sebutkan di sini bahawa kita semua adalah warga Tentera Darat yang berpayung dengan perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, sama-samalah kita teguhkan semangat kesatuan di kalangan kita supaya Tentera Darat akan lebih cemerlang pada masa hadapan.

Sebagai peringatan, saya menyeru supaya saudara-saudari sentiasa berhati-hati dalam perjalanan sempena cuti hari kelepasan ini. Ingatlah kepada keluarga dan mereka yang kita sayangi.

Sekian, Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, Terima kasih.

"TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU"

JENERAL DATO' SRI ZULKIPLE BIN HJ KASSIM
Panglima Tentera Darat