logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


05091701SELANGOR :Tentera Darat (TD) gagal mempertahankan kejuaraannya buat kali ketiga sekaligus merangkul Naib Johan apabila ditumpaskan dengan tipis oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dua berbalas satu dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak antara Perkhidmatan 2017 di Mini Stadium, Pangkalan Udara Subang pada 29 ogos 2017.

Kejohanan yang merupakan acara tahunan ini dianjurkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bertujuan untuk mencungkil dan mencari bakat-bakat baru bagi mewakili pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain memberi penghormatan kepada pasukan yang bergelar juara untuk mewakili ATM di Kejohanan Piala Emas Raja-Raja anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia yang akan dilangsungkan mulai 20 hingga 24 September 2017 di Pulau Pinang.

Dalam perlawan akhir ini menyaksikan penganugerahan Permain Terbaik Perlawanan Akhir disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak ATM, Lt Jen Dato’ Abdul Halim Haji Jalal kepada pemain berjersi 15, JTP Mohd Azrul Aznan dari TLDM, Penjaring Terbanyak Kejohanan kepada Rjr Poulous Regan dari TD dengan jumlah jaringan sebanyak 4 gol dan Pemain Harapan Bawah 21 kepada LU II Mohd ikmalaiza Tuah dari TUDM.

Turut hadir dalam perlawanan akhir tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Datuk Hj Romlee Yahaya, pegawai-pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat.