logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


050917031NEGERI SEMBILAN: Pemerintahan Latihan & Doktrin Tentera Darat (PLDTD) secara rasminya menerima tampuk pemerintahan yang baharu apabila Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi menerima tugas yang digalas daripada mantan Panglima terdahulu Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik  dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Latihan TD dan disaksikan oleh Pemangku Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Padang Kawad Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson pada 30 Ogos 2017.

Perbarisan yang melibatkan 1555 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat dari semua Pusat Latihan TD dan penuntut kursus di ATD diketuai oleh Brig Jen Dato’ Mas’od Hj Muhammad diteruskan lagi dengan acara jamuan beserta penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh warga MK PLDTD kepada mantan Panglima.

Menyentuh sedikit profil Panglima Latihan Ke-18, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dilahirkan di Pasir Putih pada tanggal 5 Disember 1958 dan ditauliahkan ke Rejimen Askar Melayu Diraja pada 23 Jun 1979, telah mendirikan rumahtangga bersama Lt Kol Datin Norhayati Abdul Jamak dan dikurniakan tiga orang puteri.

Turut hadir menyaksikan perbarisan tersebut ialah 461 pegawai, 1128 LLP dan 80 pekerja awam yang merupakan wakil dari pasukan di bawah naungan PLDTD.