logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


05091706KUALA LUMPUR: Larian Merdeka Tentera Darat 2017 tamat secara rasminya setelah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum menerima bendera Malaysia sebagai simbolik yang diserahkan oleh Ketua Kontijen Larian diiringi 180 pelari yang mewakili Zon Timur, Utara dan Selatan bertempat di perkarangan Kuala Lumpur City Center pada 28 Ogos 2017.

Larian bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 ini melibatkan 1400 anggota mewakili pelbagai formasi dan kor, berkonsepkan larian berkumpulan secara bergilir-gilir terdiri daripada 60 orang berserta 59 jalur gemilang bagi setiap komposisi dan bendera yang ke 60 diserahkan oleh penganjur kepada kumpulan larian yang terakhir sebagai simbolik melengkapkan larian dan sambutan kemerdekaan yang Ke-60.

Program larian ini dilaksanakan 3 penjuru iatu di Laluan Timur bermula dari Tumpat, Kelantan berjarak 668KM, Laluan Utara bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah, 555KM dan Laluan Selatan, Tanjung Piai dengan jarak 342KM dimana perhentian di setiap laluan akan dilaksanakan pertukaran kumpulan dan aktiviti bersama masyarakat setempat seperti pameran aset ketenteraan dan persembahan-persembahan khas Tentera Darat.

Turut hadir dalam upacara penamat, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima-panglima Perkhidmatan dan formasi, Pegawai Kanan, pegawai dan Anggota LLP.