logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


10091702KUALA LUMPUR: Elemen dari Kompeni Perubatan Para yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah, Lt Kol (Dr) Zafri Helmi Zakariah telah terlibat Persidangan Perubatan Ketenteraan Malaysia. Persidangan ini berlangsung di Wisma Perwira ATM Kuala Lumpur selama 2 hari mulai 6 hingga 7 September 2017 dan telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, selaku Kolonel Yang DiPertua Kor Kesihatan Diraja.

Persidangan yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memperkasakan profesionalisme perubatan tentera, berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran di samping meluaskan jaringan hubungan bersama perubatan awam yang menerajui bidang perubatan dan kesihatan di Malaysia.

Kompeni Perubatan Para telah ditugaskan untuk mengendalikan pameran dan demonstrasi Rawatan Taktikal Kasualti Kombat (TCCC). Rawatan yang terdiri daripada fasa rawatan semasa serangan, rawatan taktikal medan dan rawatan taktikal evakuasi perlu dikuasai oleh setiap anggota tentera untuk mengurangkan kadar mortaliti semasa peperangan.

Selain daripada itu persidangan ini turut mempamerkan bidang Perubatan Selam dan di Bawah Permukaan Air serta Perubatan Penerbangan.