logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

24 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


28091701SELANGOR:  Seramai 13 pegawai dan 196 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan dibawah naungan Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia (MK 11 Bgd) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 11 Bgd diantara Brig Jen Abd Kadir Ahmad dengan  Brig Jen Toh Choon Siang di Padang Kawad Markas Staf Stesen Sungai Buloh pada  6 Sep 2017.

Terdahulu Brig Jen Abd Kadir Ahmad menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan yang terdiri daripada lima detasmen diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD), Lt Kol  Zulkernain Hj Ayob disusuli dengan nyanyian lagu Tentera Darat (TD) lalu memeriksa perbarisan.

Menyentuh sedikit profil mantan Panglima 11 Bgd, Brig Jen Abd Kadir Ahmad dilahirkan pada 23 Apr 1959 di Muar Johor dan mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 6 Jul 1977 lalu ditauliahkan dalam pasukan RAMD serta berkelulusan Sarjana Sastera Kajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan  telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Fatimah Iman.

Acara diteruskan dengan simbolik menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa sebagai tanda peralihan serta pertukaran tampok pemerintahan yang baharu bagi MK 11 Bgd.

Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Mej Jen Datuk Zakaria Hj Yadi, Pegawai Memerintah dan Pemerintah di bawah naungan MK 11 Bgd.