logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


28091707KUALA LUMPUR: Seramai 1000 warga Angkatan Tentera Malaysia daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan hadir dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil  serta Khutbah Khas Solat Jumaat Sempena Hari ATM Ke-84 yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Haji Kamarudin Haji Mamat bertajuk  ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara di Masjid Khalid Al-Walid  KEMENTAH pada 15 Sep 2017.

Khutbah yang dibacakan itu mengajak jemaah untuk mensyukuri keamanan yang dikurniakan Allah S.W.T melalui keteguhan serta kesiapsiagaan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara dan sesungguhnya kesanggupan anggota-anggota ATM dalam memikul amanah sebagai perwira negara pastinya merupakan suatu tugas yang berat jelas membuktikan akan keperkasaan ATM dalam mendaulatkan maruah negara.

Pada masa yang sama, mimbar menyeru ummah mengingati sejarah perjuangan terdahulu yang menuntut kemerdekaan negara dan secara kebetulannya baru sahaja dilaungkan kalimahnya pada penghujung Ogos lalu cukup menceritakan pahit jerih perjalanan para pejuang negara mengharungi pelbagai situasi dengan penuh kesetiaan.

“Kesungguhan warga ATM menggenggam bara perjuangan yang terlakar membuktikan  bahawa sejarah yang bukan sahaja keringatnya tertumpah di tanah air sendiri, bahkan turut menyertai permintaan antarabangsa melalui misi PBB, perlulah diiktiraf selayaknya oleh segenap lapisan masyarakat yang mana keselamatan dan keamanan merupakan matlamat asas keharmonian bagi membentuk kedaulatan sesebuah negara serta laungan keamanan sewajarnya memayungi seluruh pelusuk dunia khususnya dunia Islam,” tegas Khatib.

Selain itu, Khatib menyeru hasil kedamaian akan membuahkan ketamadunan dan kemajuan dalam pembangunan ummah sejagat dan nikmat keamanan yang dikecapi pada hari ini akan memberi laluan mudah kepada pencapaian kemodenan yang dimiliki seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan akan datang.

Diakhir khutbah, Khatib berpesan ATM merupakan barisan hadapan yang mendepani aspek keselamatan dan keamanan negara bagi memastikan serta menjadikan setiap anggotanya utuh dengan  nilai moral dan nilai agama selain kekuatan akidah, intelektual, akhlak serta persenjataan yang canggih dimana aspek kesatuan dan perpaduan adalah antara elemen penting yang perlu diberi penekanan bagi membentuk kejayaan ATM.

Turut hadir Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, dan Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang dan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD),  Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi serta pegawai kanan ATM.