logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

24 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

28091709PERAK: Sejumlah 14 seksyen yang mewakili setiap Briged dalam Tentera Darat (TD) telah memulakan pertandingan Ujian Kemahiran Seksyen Tempur TD (UKST TD) tahun 2017 yang bermula pada 24 Sep 2017 dalam suasana bentuk muka bumi yang mencabar. Disiplin 1 Endurance Race ini memerlukan peserta melaksanakan beberapa ujian sebagai seorang anggota infantri terlatih.

Diantaranya kawad merentasi halangan, prosedur percakapan radio, ujian kepimpinan serta ujian membuka dan memasang senjata. Peserta berkekuatan satu seksyen ini perlu mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi serta pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi pertandingan ini. Seksyen yang menyertai pertandingan ini juga perlu mengharungi dua lagi disiplin iaitu Disiplin Kedua Day Patrol/Nite Movement and Problem Solving dan Disiplin Ketiga Pertandingan Menembak.