logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

21 October 2017
Kemaskini Akhir: 19 Oktober 2017.

A-  A  A+   benderaUS64    lainbahasa2

11101703KUALA LUMPUR: Seramai 184 pegawai kanan dari agensi-agensi perkhidmatan beruniform menghadiri Program Nadwah Ilmiah Pegawai-pegawai Kanan (NAIM) yang bertemakan Penghayatan Maqasid Syariah Teras Keselamatan dan Pertahanan Negara di Dewan Perkasa Ballroom, Wisma Perwira ATM pada 10 Okt 2017.

Program ini merupakan acara tahunan ATM yang dianjurkan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang di khususkan untuk pegawai-pegawai tentera berpangkat Lt Kol dan setaraf ke atas dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan peserta jemputan dari agensi beruniform lain terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Agama Islam Negeri dan Mufti Negeri.

Slot pertama bertajuk Aspirasi Negara Dalam Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia telah disampaikan oleh Nor Safina Zainal daripada Unit Indeks Syariah Malaysia JAKIM dan Ancaman Evangelisme di Malaysia disampaikan oleh Aswanizam Alias daripada Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Objektif NAIM 2017 bertujuan membina percambahan fikiran untuk merealisasikan fungsi pegawai kanan sebagai National Lead Agency selain dapat memperkasa barisan kepimpinan agensi-agensi keselamatan dari sudut pemahaman dan penghayatan Maqasid Syariah (Objectives of Islamic Law) serta meningkatkan imej Kementerian Pertahanan dan ATM dalam menyuburkan nilai integriti yang konsisten melalui kekuatan medium Maqasid Syariah dalam menjaga lima teras utama iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta di samping dapat mengeratkan hubungan serta menyuburkan sifat kerjasama antara ATM dan lain-lain agensi beruniform dan awam dalam negara demi kepentingan serta kecemerlangan organisasi masing-masing.

Majlis perasmian dan Pelancaran Indeks Syariah Kementerian Pertahanan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mana program ini diadakan selama dua hari bermula pada 10 hingga 11 Okt 2017.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej Jen Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (Bersara), Timbalan MENHAN, Dato’ Wira Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi , Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang.