logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


25101702KUALA LUMPUR:  Seramai 900 warga Tentera Darat (TD) serta masyarakat awam sekitar Sungai Besi menghadiri Program Bual Bicara Forum Perdana Ehwal Islam anjuran TD dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  di Masjid Angkatan Tentera Kem Perdana Sungai Besi pada 19 Okt 2017.

Terdahulu aktiviti dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Pegawai Staf 1 Agama MK TD, Lt Kol Mohd Azmi Wahab dan program ini bertujuan mendedahkan anggota TD dengan diskusi ilmu-ilmu kerohanian sebagai bekalan jati diri yang mana tajuk forum pada kali ini ialah Hidup Biar Berkat  yang dihoskan oleh Ustaz Zakaria Othman dan penceramah jemputan Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin serta Ustaz Elyas Ismail.

Forum Perdana Ehwal Islam kali ini, membincangkan berkaitan sudut keberkatan dalam kehidupan dimana kita sebagai umat Islam diwajibkan mengeluarkan zakat daripada sumber pendapatan, simpanan serta simpanan emas agar dapat mendidik masyarakat tentang pentingnya rukun Islam ketiga disamping itu juga ia dapat mendatangkan keberkatan dalam kehidupan kita serta bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan olehNya dan dapat membantu kepada golongan yang memerlukan kerana rezeki yang kita perolehi bukanlah hak mutlak kita sebaliknya adalah hak insan lain yang harus kita kongsikan.

Turut hadir  Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dan pegawai kanan TD.