logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

21 Februari 2018
Kemaskini Akhir: 19 Februari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


08111201PULAU PINANG: Perwaris takhta Diraja United Kingdom, Prince Charles Philip Arthur George bersama The Duchess of Cornwall  Camilla Rosemary Shand menghadiri Majlis Ramah Mesra Bekas Pegawai Kadet Royal Military Academy Sandhurst (RMAS) di hotel terkemuka sekitar Gorgetown pada 7 Nov 2017.

Ketibaan beliau di sambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim yang pernah menjadi Pegawai Kadet RMAS lalu dibawa serta di perkenalkan dengan  pegawai tentera yang pernah menerima latihan di akedemi yang sama.

Makan malam ini merupakan salah satu aktiviti baginda sempena lawatan ke Malaysia yang mana Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang dilawatinya.

Mengimbau sejarah akedemi ini, RMAS terletak di Surrey dan merupakan sebuah akademi tentera diraja yang tertua dan dianggap antara akedemi ketenteraan terbaik di dunia yang melahirkan berpuluh ribu Pegawai Tentera berdedikasi sejak ditubuhkan pada 1741 yang mana banyak mendorong golongan bangsawan dan Diraja untuk menjalani latihan ketenteraan.

Sandhurst telah terserlah lebih dua abad yang lampau dan sejarahnya bermula pada 1741 apabila Royal Military Academy ditubuhkan di Woolwich untuk melatih Pegawai Kadet (Officer Cadet) yang akan ditauliahkan di dalam Royal Artillery, Royal Engineers dan Royal Signals.

Penglibatan warga negara Malaysia bermula pada tahun 1950 apabila Pegawai Kadet  Abdul Manan Abas diterima menjadi pelatih pertama Sandhurst untuk mengikuti kursus Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai pegawai lalu berkhidmat dalam Tentera Darat (TD) sehingga berpangkat Mej dan kini Malaysia masih menghantar pegawai kadet terbaik sebagai tradisi untuk menjalani latihan ketenteraan disana.

Antara  golongan kerabat diraja negara ini  yang pernah mengikuti pengajian ketenteraan di RMAS ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail diikuti Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud Shah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Selain itu ramai graduan RMAS yang berjaya menyandang pangkat tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia dengan menjadi Panglima Angkatan Tentera dimana antaranya ialah Jen (B) Tan Sri Mohd. Sany Abdul Ghaffar, Jen (B) Tan Sri Mohd. Ghazali Datuk Mohd. Seth, Jen (B) Tan Sri Mohd. Ghazali Che Mat, Jen (B) Tan Sri Hashim Mohd. Ali, Jen (B) Tan Sri Yaacob Mohd. Zain, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar dan Jen (B) Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zain.

Sehingga kini Sandhurst telah melatih 30,000 Pegawai Kadet termasuk peserta kursus daripada luar negara terutamanya daripada negara-negara Commonwealth yang merupakan bekas tanah jajahan British dari seluruh dunia.