logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

24 November 2017
Kemaskini Akhir: 16 November 2017.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

08111202PAHANG: Seramai 18 pegawai dan 201 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) diketuai oleh Lt Kol Vigneswari Viswanathan terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun KRD Ke-48 diiringi dengan Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja bertemakan Ilmu Memartabatkan KRD yang disempurnakan oleh Pengerusi KRD, Lt Jen Datuk Abdul Hadi  Hj Hussin  bertempat di Padang Kawad Kolej Perisikan ATM, Kem Mentakab  pada 7 Nov 2017.

Dalam perutusan Pengerusi KRD, beliau berkata usaha ke arah pembangunan, keupayaan dan pemodenan organisasi perisikan sentiasa menjadi agenda utama pucuk pimpinan KRD dan sedang pesat dilaksanakan dimana rancangan pembangunan ini telah ditetapkan dengan mengambil kira beberapa faktor utama iaitu ancaman semasa yang dihadapi, kedudukan kewangan, perubahan teknologi semasa dan selaras mengikut halatuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat (TD) yang dirangka bagi memastikan KRD dapat terus memenuhi tuntutan terhadap produk-produk perisikan ATM dan nasional serta memastikan kesiapsiagaan ATM yang tinggi pada sebilang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Lambakan sumber maklumat pada masa kini memerlukan kita membuat penilaian dan menyalurkan prosuk perisikan dalam masa yang lebih cepat dan mencapai mutu yang dikehendaki dalam bentuk yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna dan bagi memenuhi tuntutan ini, satu sistem yang cekap dan berkesan telah dibangunkan iaitu Pusat Integrasi Perisikan (Intelligence Intergration Center) yang mana fokus utama pada masa ini adalah bagi membangunkan infrastruktur yang dijangka siap pada bulan November 2017 sekiranya segala perancangan berjalan dengan lancar, Pusat Integrasi Perisikan ini dijadualkan dapat beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun 2018.

“Selain daripada rancangan pembangunan yang telah disentuh tadi, kita juga memberi penekanan dalam aspek peningkatan modal insan menerusi latihan dengan mengadakan kerjasama strategik bersama agensi-agensi perisikan lain dalam bidang perkongsian teknologi, kepakaran serta kursus dimana usaha penyediaan doktrin dan penambahbaikan silibus bagi kursus-kursus perisikan di KP ATM sedang dan telah dilaksanakan namun segala usaha ini akan menjadi sia-sia tanpa perubahan di peringkat individu yang saya maksudkan adalah dari sudut pengetahuan, sikap dan kemahiran yang berkait rapat dengan cara kita berfikir, perubahan mindset dari sudut proses kita bekerja, skill dan trade craft yang digunakan,” tegas beliau.

Selain itu, Pengerusi KRD turut menuntut warga KRD untuk mempunyai skill dan trade craft yang berorientasikan teknikal agar kita berupaya menginterpretasi segala perkembangan dengan cara yang lebih kritikal dan mendalam serta mampu mengaplikasikan sebaik mungkin segala teknologi yang ada dalam pegangan dan perubahan ini sukar dilaksanakan jika ada dikalangan kita yang bersikap negatif dan tidak mahu keluar dari kepompong comfort zone masing-masing untuk maju kehadapan dan beliau menyeru agar semua menjadi agen perubahan dan jangan sekali-kali menjadi liabiliti kepada organisasi.

Terdahulu, Pengerusi KRD menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), Anugerah Khas Pengerusi KRD yang merupakan anugerah kali kedua diberikan kepada warga KRD yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang yang menaikkan imej KRD kepada dua anggota LLP, Anugerah Khas Kecemerlangan Akademik di Maktab Turus Angkatan Tentera yang merupakan amugerah julung kali diperkenalkan pada tahun ini kepada pegawai yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam kursus di Pusat Latihan Tertinggi ATM dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta,  Anugerah Kecemerlangan bagi kursus luar KP ATM, Anugerah Kecemerlangan kursus dalam KP ATM dan Anugerah Jurulatih Terbaik.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaludin Hj Ismail, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, Ketua Unit Khas Pejabat Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, Pengarah KRD, Kol Mahmud Ahmad, mantan PAT, Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Rahman Hj Abdul Hamid, mantan KPPP, Lt Jen Dato’ Paduka Mohd Salleh Hj Ismail, pesara-pesara KRD serta pegawai dan anggota LLP KRD.