logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


09111703PAHANG: Seramai 18 pegawai dan 201 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Timbalan Pengarah Operasi, Brig Jen Dato’ Tuan Roslan Tuan Ismail  diketuai oleh Lt Kol Shahrin Lizar Saad di Padang Kawad Kolej Perisikan ATM pada 9 Nov 2017.

Terdahulu dari itu, Brig Jen Dato Tuan Roslan Tuan Ismail menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan yang terdiri daripada lima detasmen yang mana turut melibatkan pancaragam dari gabungan Brassband Wanita dan Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (TD)diketuai oleh Sjn Zainuddin Ramli.

Perbarisan ini diadakan untuk meraikan pegawai kanan KRD yang bakal menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi di samping menghargai jasa seorang wira negara yang telah lama berkhidmat dalam TD dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mengimbau keperibadian Brig Jen Dato’ Tuan Roslan Tuan Ismail, beliau telah ditauliahkan ke Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 26 Mei 1977 dan ditempatkan di 2 RAMD namun atas minat yang amat mendalam dalam bidang perisikan, beliau telah memohon untuk bertukar ke KRD setelah berkhidmat lebih kurang lima tahun lalu pada tanggal 30 Sep 1983, hasrat beliau untuk bertukar kor telah diluluskan dan menjawat jawatan PS 3 Risik di Pejabat Perisikan Sarawak.

Dalam ucapannya, beliau sempat menceritakan tentang minatnya dalam ketenteraan sesungguhnya telah timbul sejak dari bangku sekolah rendah lagi di samping sokongan penuh dari isterinya sebagai tulang belakang beliau hinggalah kini tercatatnya tempoh 41 tahun 7 bulan 4 hari khidmat bakti beliau terhadap Kor Risik Diraja Khasnya dan  TD amnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin yang mewakili Panglima Tentera Darat dalam Ucapan balasa beliau berkata,

“Keupayaan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang menyandang perjawatan-perjawatan tersebut membuktikan bahawa beliau seorang yang setia, berdedikasi dan berwibawa.

tambah beliau lagi,

“Di sebalik kejayaan yang berbahagia Brig Jen Dato’ Tuan Roslan Tuan Ismail, saya percaya berdiri teguh seorang isteri yang sentiasa memberi sokongan, pemangkin semangat dan sumber inspirasi dalam apa jua keadaan pahit dan manis. Segala jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh yang berbahagia Datin Rusmani Abdul Rani amat mulia dan sudah pasti akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT”.

Turut hadir Ketua Unit Khas Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, Inspektorat Jeneral Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Brig Jen Dato’ Ismail Abetah, Ketua Pengarah Doktrin Markas Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Brig Jen Dato’ Othman Jamal, Pengarah Direktorat Bantuan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Brig Jen Ahmad Norihan Jalal, Pengarah Direktorat Keselamatan dan Risik Balas, Brig Jen Mohd Anuar Mohamad Ali dan Pengarah Kor Risik Diraja, Kol Mahmud bin Ahmad.