logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


15111702NEGERI SEMBILAN: Tentera Darat (TD) mengadakan Majlis Sambutan Deepavali TD Tahun 2017 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri  Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dengan kehadiran seramai 1000 pesara dan perajurit berbangsa India  di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 14 Nov 2017.

Majlis yang dianjurkan oleh Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD (PL&DTD) tersebut bertujuan mengukuhkan ikatan silaturrahim antara pucuk pimpinan dan warga TD bagi mewujudkan suasana harmoni dengan memberi peluang kepada anggota berbangsa India dan yang berbilang kaum menikmati kemeriahan sambutan Deepavali selain dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pesara perajurit berbangsa India.

Dalam ucapan PTD, beliau amat menghargai usaha  semua pihak dalam menjayakan majlis Deepavali ini yang mana dapat mempertemukan semula sahabat-sahabat lama dan mengalu-alukan kehadiran tetamu ke majlis sambutan yang penuh bermakna dalam membawa erti semangat 1 Malaysia iaitu perpaduan antara kaum yang tersemat rapi di dalam diri setiap dari keluarga besar TD, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan.

“Sebagai sebuah angkatan darat yang kredibel yang terdiri didalamnya pelbagai kaum, kesatuan adalah tiang seri kepada keutuhan dan keberadaan kita pada hari ini dan perkara ini merupakan amanah yang telah saya tekankan dan salurkan kepada seluruh warga TD sejak dari mula saya mengepalai ketumbukan TD hingga ke hari ini.

“Seiring dengan pengertian Deepavali ini, keberadaan kita sebagai anggota tentera juga tidak boleh dipisahkan seperti cahaya yang diperlukan untuk menerangi kegelapan malam dan dengan adanya kita pada hari ini membolehkan seluruh rakyat Malaysia tidur dengan lena, menjalani kehidupan harian tanpa rasa gundah gulana, tanpa sebarang kerisauan berlakunya sebarang ancaman yang boleh memporak-perandakan keharmonian, kedamaian dan keamanan negara kerana tugas menjaga keselamatan negara adalah tugas hakiki kita sebagai warga TD,” ujar PTD.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Eksekutif Celcom axiata Berhad, Michael Kuehner, Presiden Persatuan Veteran India ATM (PERIM), Mej Murugaiyah Andy (Bersara), Guru Besar SRJK (T) Kem Askar Melayu, Port Dickson, pegawai-pegawai kanan TD dan veteran India.