logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

16111701KUALA LUMPUR: “Bersempena dengan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-65 Rejimen Semboyan Diraja (RSD), saya menyeru kepada seluruh warga RSD untuk memperbaharui azam dan tekad serta mempertingkatkan usaha ke arah menjadikan RSD sebagai sebuah kor yang terunggul dalam Tentera Darat”, kata Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan semasa ucapan beliau dalam Perbarisan HUT RSD Ke-65 di Dataran Panglima Tentera Darat pada 15 Nov 2017.

Selain itu, beliau mengingatkan kepada anggota RSD bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 1952, RSD telah berkembang sederap dengan perkembangan teknologi dimana peranan kita dalam merancang, menyedia serta menyenggara sistem komunikasi TD masih kekal releven dan kini TD membuat perolehan aset-aset strategik yang lebih canggih yang menagih kepada sistem komunikasi dan penyampaian maklumat yang lebih robust, berkeupayaan dan berkelajuan tinggi.

Beliau juga menzahirkan TD akan mempunyai struktur penyedia sistem komunikasi dan teknologi maklumat yang lebih responsif dan efesien serta akan berupaya melaksanakan operasi peperangan elektronik dan peperangan siber setanding dengan angkatan tentera negara-negara serantau.

Terdahulu, Ketua Pegawai Semboyan menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada sembilan anggota RSD yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang yang menaikkan imej RSD serta seramai empat orang penjawat awam menerima Sijil Kepujian Perkhidmatan Awam dan penyerahan piala Johan Keseluruhan Sukan Piala Ketua Pegawai Semboyan Tahun 2017 kepada pasukan Gabungan 2 RSD.

Sebanyak sembilan detasmen terlibat dalam perbarisan HUT RSD Ke-65 melibatkan 109 pegawai dan 1,452 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Kol Hj Abdul Kadir Hj Mohd Ali dan diiringi oleh brasssband RSD.

Mengimbau sejarah penubuhan RSD bermula apabila tertubuhnya Communications Troop di Pusat Latihan Askar Melayu Diraja pada tahun 1949 di Port Dickson, Negeri Sembilan dimana terup tersebut telah dianggotai oleh jururadio dari Platun Semboyan Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja yang merupakan sebuah rejimen Bantuan Tempur dalam TD serta tugas utama menyedia dan menyelenggarakan komunikasi untuk perintah dan kawalan serta menyediakan bantuan Peperangan Elektronik kepada TD.

Turut hadir Pengarah Peperangan Informasi, Brig Jen Dato Basri Kasban, Pengarah Semboyan, Brig Jen Hj Zolkifli Hj Saini, mantan Ketua Pegawai Semboyan, mantan pegawai kanan dan warga Veteran RSD.