logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

24 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


16111703SINGAPURA: Kejohanan menembak 27th ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2017 bermula 13 – 24 Nov 17 yang dianjurkan oleh Tentera Darat Singapura di Multi-Mission Range Complex (MMRC), SAFTI Range dan Nee Soon Range.

Kejohanan tahunan ini telah disertai oleh sepuluh kontingen dari kesemua Tentera Darat ASEAN dan penganjurannya adalah secara penggiliran. Acara-acara kejohanan yang dipertandingkan di AARM 2017 adalah Raifal, Carbine, GPMG, Pistol Lelaki dan Pistol Wanita.

Acara pembukaan AARM telah diadakan di Nee Soon Range pada 13 Nov 17 oleh Chief of Staff General Staff (Army), Singapura yang turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan diiringi oleh Panglima 10 Bgd (Para). Turut diadakan semasa acara pembukaan adalah pertandingan menembak Novelti Pegawai Kanan iaitu acara Carbine dan Pistol. Tim B yang disertai oleh TPTD dan Panglima 10 Bgd (Para) telah merangkul johan. Dikesempatan yang sama TPTD turut berjumpa dengan Tim Menembak Tentera Darat dan memberi kata-kata perangsang.

Acara-acara lain yang turut diadakan sepanjang pembukaan AARM adalah Welcome Diner pada 12 Nov 17 malam di Leaders Hall, Kem Pasir Laba dan pada 13 Nov 17 malam telah diadakan Deputy Cheif of Army Diner di Hotel Pan Pacific Singapura.16111701