logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

27111701KUALA LUMPUR: Seramai 143 veteran Kor Kesihatan Diraja (KKD) terdiri daripada 23 pegawai dan 120 anggota lain-Lain Pangkat (LLP) dikurniakan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam Majlis Penganugerahan PJM kepada veteran yang berkhidmat semasa darurat menentang komunis dan konfrontasi Malaysia-Indonesia bersempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas KKD yang telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 24 Nov 2017.

Mengimbau kembali sejarah penubuhan KKD adalah untuk melengkapkan keperluan operasi ATM dengan memberikan bantuan kesihatan kepada unit tempur sejak perang dunia kedua serta semasa memerangi komunis dimana elemen perubatan pada ketika awal penubuhannya terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan Rejimen, seorang pembantu pergigian dan empat orang pembantu perubatan yang bertugas dalam sebuah rumah sakit untuk memberikan perkhidmatan kepada anggota tentera dan keluarga mereka.

Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamanan Tan Sri Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan ahli keluarga penerima pingat.