logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

24 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


27111702MELAKA: Juara bertahan, Tentera Darat (TD) terus menguasai acara sukan lasak Triathlon dengan menjuarai Kategori Antara Perkhidmatan menewaskan pesaing dari Tim Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan catatan masa terkumpul 16 jam 17 minit di Kejohanan Triathlon Tanjung Bidara Challenge Terbuka ATM tahun 2017 pada 25 Nov 2017.

Acara yang diadakan di sekitar Pantai Tanjung Bidara memerlukan triathlet kejohanan untuk mengharungi displin berenang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal dengan jarak 40 km dan larian sejauh 10 km. Panglima 21 Grup Gerak Khas, Brig Jen Datuk Hassan Ali menyempurnakan acara pelepasan melibatkan 288 peserta terdiri dari dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Jerman, Australia, Singapura, Thailand dan Brazil.

Pada kejohanan kali ini, acara dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Terbuka ATM dan Tertutup ATM yang mana Tertutup ATM melibatkan saingan bagi kategori Antara Perkhimatan, Antara Formasi TD dan Tertutup 21 GGK. Kpl Zuhar Ismail dari Tim TD sekali lagi mencatat nama sebagai Triathlet terpantas selepas menjuarai Kategori Individu dengan memperbaiki catatan masa tahun lalu dengan catatan masa 2 jam 2 minit. Majlis penutup kejohanan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor yang menyaksikan TUDM mendapat tempat kedua keseluruhan dan TLDM tempat ketiga.  Manakala 21 GGK menjadi johan bagi Kategori Formasi TD diikuti Formasi 2 Div dan Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD) ketiga.

Turut hadir Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Pengerusi Sukan Lasak TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Laksda Dato’ Azhari Abdul Rashid wakil Panglima Tentera Laut (PTL), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Fauzi Hj Ahmad wakil Panglima Tentera Udara (PTU), pegawai-pegawai kanan TD dan 500 warga TD.