logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

19 December 2017
Kemaskini Akhir: 12 Disember 2017.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

28111702KUALA LUMPUR: Malam Anugerah Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) tahun 2016 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera merangkap Penanung MSAT, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 27 Nov 2017.

Terdahulu pihak Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) turut menyampaikan cek sumbangan kepada MSAT yang bernilai RM50,000.00 yang telah disampaikan oleh Pengerusi PERNAMA, Jen Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz Hj Zainal (B) kepada Panglima Tentera Darat merangkap Yang DiPertua MSAT, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim.

Sebanyak sembilan kategori anugerah kecemerlangan sukan diberikan kepada atlet-atlet ATM yang berjaya mengharumkn nama ATM di peringkat luar negara mahupun dalam negara.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pentadbir Sukan yang telah bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan prestasi sukan ATM manakala Sijil Kepujian serta Lambang Perak telah diberikan kepada atlet yang telah mewakili dan menyumbang bakti bagi meningkatkan prestasi sukan ATM.

Sebanyak 12 persatuan sukan ATM telah menerima Insentif Sukan SEA telah diberikan kepada atlet-atlet yang mewakili Malaysia bagi Kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 serta Penganugerahan Lambang Emas  diberikan kepada atlet-atlet yang dicalonkan sebagai olahragawan dan olahragawati bagi mewakili ATM ke Peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa.

Penerima bagi Tokoh Jurulatih dianugerahkan kepada Bintara Muda PNK Balamurugan Maniam dari Persatuan Olahraga ATM yang telah menabur jasa, perkhidmatan serta kepimpinan sebagai jurulatih sukan terutamanya sukan Olahraga dalam usaha melahirkan atlet yang cemerlang di peringkat ATM, seterusnya bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati disandang oleh LK II JJM Mohd Hafifi Mansor dan LK I TNL Komalam Shally Selvaretnam manakala Johan keseluruhan Sukan Antara Perkhidmatan 2016 disandang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berjaya pertahan kejuaraan sembilan tahun berturut-turut.

Dalam ucapan Penanung MSAT, beliau menyeru dan berharap agar semua pihak turut memberi tumpuan kepada penyertaan ATM di dalam Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia agar memperoleh kedudukan yang lebih baik pada tahun 2018 sekiranya semua pihak memberi kerjasama yang baik dan bergabung tenaga untuk memastikan kemenangan.

“Gabungan ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara boleh memberi impak yang positif dalam meningkatkan mutu serta pencapaian sukan ATM yang mampu melahirkan atlet-atlet yang berbakat bagi mewakili negara di pentas antarabangsa dan saya amat berbangga dengan pencapaian ATM di dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baharu-baharu ini,” ujarnya.

Turut hadir Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan.