logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

23 January 2018
Kemaskini Akhir: 22 Januari 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

12121701SINGAPURA: Briged Keempat Infatri Malaysia (Mekanize) (4 Bgd (Mek)) telah terpilih menyertai Joint Adventure Training (JAT) bersama Tentera Darat Singapura mulai 4 hingga 9 Dis 17 di Kem Selarang, Singapura.

Panglima 4 Bgd (Mek) Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu telah merasmikan acara penutup latihan ini pada 8 Dis 17.

Seramai tujuh pegawai dan 19 Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 4 Bgd (Mek) telah menyertai latihan dwi-tahunan ini. Antara acara yang dipertandingan adalah Scorpion Trail, Cross Country Cycling dan Dragon Boat Challenge.

Latihan ini adalah untuk membina persefahaman dan sikap bekerjasama secara bilateral dua negara yang mempunyai kepentingan pertahanan semasa dan akan datang.

Selain itu ianya juga sebagai latihan ketahanan dan kekuatan fizikal anggota tentera kedua-dua negara memandangkan disiplin setiap acara yang dipertandingkan agak mencabar.

Ketua Am Markas 4 Bgd (Mek) Lt Kol Abdul Munir Hj Abd Rani turut hadir sepanjang latihan berlangsung.